Tuesday, January 6, 2009
repost- Fatwa Dr Wahbah al-Zuhaily
Tuesday, October 7, 2008
Rasyiq mohd alwi al-Ahbasyi
rasyiq mohd alwi al-ahbasyi. antara yang diperjuangkan oleh AHBASH ALLAH itu tiada dimana-mana. dan memperjuangkan gejala takfir iaitu mengkafirkan para ulamak Islam.
Sunday, September 7, 2008
Berakhirnya perjalanan seorang syekhul fitnah

Dunia Islam seakan-akan merasa tenang sedikit setelah mendengar kematian Abdullah al-Harari yang banyak menimbulkan fitnah kepada masyarakat Islam umumnya dengan fatwa-fatwanya. Kumpulan AHBASH ini sepertimana yang telah dimaklumi mendapat kritikan yang hebat oleh ulamak-ulamak dunia Islam melalui fatwa-fatwa mereka. tetapi pengikut-pengikut mereka yang taksub ini terus-menerus mengangkat Abdullah al-Harari ini dengan berbagai-bagai gelaran seperti al-Muhaddis dan sebagainya untuk mengaburi mata-mata masyarakat awam supaya tidak terpengaruh dengan fatwa-fatwa yang dikeluarkan oleh ulamak-ulamak dunia Islam.
Perginya insan yang bernama Abdullah al-Harari ini maka hilanglah sebahagian fitnah yang sering ditimbulkan olehnya. Antaranya fitnah TAKFIR, suka mengkafirkan ulamak-ulamak Islam yang tidak sehaluan dengan mereka. malangnya fikrah TAKFIR ini diwarisi pula oleh anak-anak muridnya yang taksub dengan al-Harari.
Walau bagaimanapun semoga Allah ampunkan kesalahan-kesalahannya, kemungkinan dia tersilap di dalam ijtihadnya. Tetapi adalah menjadi kewajipan untuk kita terangkan kepada masyarakat kesalahan-kesalahan dan fitnah-fitnah yang telah dilakukan kepada masyarakat awam supaya masyarakat tidak terpengaruh dengan kesesatan yang telah dibuat dan diteruskan oleh pengikut-pengikutnya yang taksub ini, semoga Allah memberikan hidayah kepada pengikut-pengikutnya untuk kembali ke jalan yang benar yang berlandaskan al-Quran dan Sunnah sesuai dengan kefahaman salaful ummah.
Monday, June 9, 2008
Friday, May 30, 2008
Tuesday, May 6, 2008
Ahbash: Kumpulan yang Kufur dan Syirik
Sunday, April 27, 2008

Al-Harari dalam fatwanya menyatakan boleh seseorang itu menggunakan harta atau duit yang dicuri untuk membeli barang-barang dan barang tersebut akan menjadi halal. al-Harari juga menfatwakan bolehnya mengambil riba dan berjudi. dia juga terkenal menggunakan helah di dalam agama dengan menukarkan sesuatu yang haram menjadi halal.
Pengikut-pengikut al-harari beri'tiqad bahawa si al-Harari boleh terbang dan kahak yang keluar dari mulut al-Harari itu berbau harum. dan al-Harari ini boleh bercakap dengan Nabi s.a.w.